Hubungi saya di :
qtee.eshoppe@gmail.com
0133559818


Cara pembelian dan tempahan: -

1) Sila SMS @ EMAIL

2) Selepas anda MEMBUAT PEMBAYARAN baru lah
kami akan proceed pesanan anda.

3) Pembayaran adalah dengan bank in ke account
Maybank @ CIMB saya, yang mana akan saya
berikan selepas anda membuat tempahan.


Saturday, August 27, 2011

Cloth Mentrual Pad & Cloth Pantiliner

Kami ingin memperkenalkan Cloth Pad dr ZigieZag...
Material kain daripada fleece yg lembut dan sangat selesa di pakai...

Harga :-
Overnight >> RM17.00
Regular >>> RM 15.00
Pantyliner >>> RM 8.00

*****************************************************
Harga untuk pakej

Pakej A
Overnight 1pc
Regular 1pc
Pantyliner 1pc
Harga: RM38.00

********************************************
Pakej B

Overnight 2pcs
Regular 2pcs
Pantyliner 2pcs
Harga : RM77.00

********************************************

Pakej C
Overnight 3pcs
Regular 2 pcs
Harga : RM80

***********************************************
Pakej D
Overnight 3pcs
Regular 3pcs
Harga : RM93.00


*****************************************

Pakej E
Regular 5 pcs
Harga : RM60.00

*****************************************

Pakej F
Overnight 5 pcs
Harga : RM75.00


**************************************

Pakej G
Pantyliner 5pcs
Harga : RM35.00


(harga tidak termasuk pos)

Sila lah pilih mengikut kesesuaian anda yea...sebarang kemusykilan sila berhubung dengan saya









MENGAPA AGAKNYA PERLU MENGGUNAKAN PAD DAN PANTYLINER KAIN?

Gunakan pad atau pantyliner dari kain? "Mungkin ada yg fikir tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk bekerja dan sibuk dalam pelbagai perkara". Wahai wanita sekalian berfikirlah sejenak...mengapa pada zaman moden ini, cloth sanitary pad/pantyliner ini muncul seperti mana munculnya cloth diaper dan tahukah anda ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?

1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara kerana ianya boleh di pakai berulang kali.

2. Anda semua tahu pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.

3. Disebabkan pad/pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang "stain-resistant" jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi denganwaterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.

4. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar kecloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable padyang berkualiti rendah!

5. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.

6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth paddan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Ramai kawan saya juga telah melakukan perubahan yang sama dan kini saya ingin berkongsi perkara yang baik ini dengan anda semua. Kini tiba giliran anda untuk melakukan perubahan. Anda tidak akan rugi apa-apa untuk mencuba kerana lumrahnya, kita sendiri yang akan tahu kebaikan sesuatu yang baru setelah kita mencubanya sendiri.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

My Blog List

Dermalah untuk Pn Haryanie

Assalammualaikum...

DERMA UNTUK HARYANIE
Salam 1 Malaysia untuk semua kawan2 blogger.... saya sedang membuat kutipan dana untuk seorang ibu tunggal kepada 3 org anak yang mengidap penyakit agak kritikal iaitu Pn Haryanie.

http://www.aliaharyanie.blogspot.com

Beliau mengidap penyakit serius iaitu mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Diharap rakan-rakan sudi membantu bagi meringankan serba sedikit beban untuk die bagi beliau menjalani kehidupan harian, seperti kos perubatan serta persekolahan anak2nya.

Kepada rakan-rakan yang sudi menghulur bantuan bolehlah terus berhubung dengan Haryanie di blog beliau

http://www.aliaharyanie.blogspot.com