Hubungi saya di :
qtee.eshoppe@gmail.com
0133559818


Cara pembelian dan tempahan: -

1) Sila SMS @ EMAIL

2) Selepas anda MEMBUAT PEMBAYARAN baru lah
kami akan proceed pesanan anda.

3) Pembayaran adalah dengan bank in ke account
Maybank @ CIMB saya, yang mana akan saya
berikan selepas anda membuat tempahan.


Monday, December 6, 2010

Cara-Cara Penggunaan dan penjagaan CD / Lampin Kain Moden




Cara-Cara Penggunaan dan penjagaan CD / Lampin Kain Moden

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' yang pertama kali hendak digunakan seeloknya 3 /4kali basuhan dan 3/4 kali kering dan barulah di pakaikan kepada anak. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan sabun juga akan memendekkan daya serapan insert tersebut .


2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang memang kuat pee, boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walaupun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.


3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.


5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.


6. Sebulan atau seminggu sekali, bersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih- bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Dermalah untuk Pn Haryanie

Assalammualaikum...

DERMA UNTUK HARYANIE
Salam 1 Malaysia untuk semua kawan2 blogger.... saya sedang membuat kutipan dana untuk seorang ibu tunggal kepada 3 org anak yang mengidap penyakit agak kritikal iaitu Pn Haryanie.

http://www.aliaharyanie.blogspot.com

Beliau mengidap penyakit serius iaitu mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Diharap rakan-rakan sudi membantu bagi meringankan serba sedikit beban untuk die bagi beliau menjalani kehidupan harian, seperti kos perubatan serta persekolahan anak2nya.

Kepada rakan-rakan yang sudi menghulur bantuan bolehlah terus berhubung dengan Haryanie di blog beliau

http://www.aliaharyanie.blogspot.com