Hubungi saya di :
qtee.eshoppe@gmail.com
0133559818


Cara pembelian dan tempahan: -

1) Sila SMS @ EMAIL

2) Selepas anda MEMBUAT PEMBAYARAN baru lah
kami akan proceed pesanan anda.

3) Pembayaran adalah dengan bank in ke account
Maybank @ CIMB saya, yang mana akan saya
berikan selepas anda membuat tempahan.


Friday, August 6, 2010

Set Bersalin HPA - 8 dalam 1



PERHATIAN KEPADA IBU YANG MENGANDUNG:

"Adakah Anda Mahu Miliki Tubuh Yang Cergas Selepas bersalin"

"Mahukah juga saya tunjukkan satu cara yang terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 44 hari berpantang "

"Jika anda sedang mengandung anak pertama dan tiada pengalaman berpantang."

"Jika anda pernah melahirkan cahaya mata dan kecewa dengan set bersalin yang pernah anda guna dahulu."

"Jika anda ingin luka jahitan anda cepat sembuh dan tiada rasa ngilu-ngilu."

"Jika anda pernah mengeluh kerana begitu sukar untuk lawas dan bimbang luka jahitan akan terbuka."

Anda hanya perlu berikan saya beberapa minit sahaja masa berharga anda untuk saya sampaikan pesanan yang amat penting ini!


SET BERSALIN HPA - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Harga : RM85 (tidak termasuk pos)

Set bersalin HPA adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
Menghilangkan sakit batu meriyan.

Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

Membantu melawaskan pembuangan air besar.
Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.


Kandungan Set Bersalin HPA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Minyak Barut (2 unit)
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi (2 unit)
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3. Teh Herba (1 unit)
Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari)
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5. Kapsul Wanita A
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A setiap pagi dan malam.

6. Kapsul Wanita B
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul B setiap pagi dan malam.

7. Ubat Basuh (Kegunaan Luar)
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

8. Spirulina
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Info Tambahan

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
Menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan : Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

** Sebagai tambahan, ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Barut Berherba sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Ramai ibu yang telah mengamalkan Set Bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.


Testimoni :

Saya cuba set bersalin HPA bagi kelahiran anak ke 4. Sebelum itu,saya beli set terkenal yang agak mahal, malangnya saya tak mampu habiskan semua pil yang ada sebab banyak sangat. Dengan set bersalin HPA, mudah. Berkesan terutamanya tentang sembelit. Ubat rebusan mungkin leceh tapi demi kesihatan, kenalah rajin. Secara keseluruhan, saya amat puas hati. Jika bersalin lagi, saya akan gunakan set ini lagi. Lagipun saya yakin dengan tahap kebersihan pengilangan produk ni.
Murah pun murah.Berbaloi-baloi.

-Cikgu Ani-
No Tel:012-5439597


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimoni :


Pn aieda

Salam..sejak menggunakan produk set besalin pada tahun lepas.Syukur Alhamdulillah…ianya dapat membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan,mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak dan mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.Saya dapat rasakan perubahan diri pada tubuh badan dan selepas saja tempoh berpantang(30hari)darah nifas sudah tiada lagi.Terima Kasih HPA :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Dermalah untuk Pn Haryanie

Assalammualaikum...

DERMA UNTUK HARYANIE
Salam 1 Malaysia untuk semua kawan2 blogger.... saya sedang membuat kutipan dana untuk seorang ibu tunggal kepada 3 org anak yang mengidap penyakit agak kritikal iaitu Pn Haryanie.

http://www.aliaharyanie.blogspot.com

Beliau mengidap penyakit serius iaitu mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Diharap rakan-rakan sudi membantu bagi meringankan serba sedikit beban untuk die bagi beliau menjalani kehidupan harian, seperti kos perubatan serta persekolahan anak2nya.

Kepada rakan-rakan yang sudi menghulur bantuan bolehlah terus berhubung dengan Haryanie di blog beliau

http://www.aliaharyanie.blogspot.com