Hubungi saya di :
qtee.eshoppe@gmail.com
0133559818


Cara pembelian dan tempahan: -

1) Sila SMS @ EMAIL

2) Selepas anda MEMBUAT PEMBAYARAN baru lah
kami akan proceed pesanan anda.

3) Pembayaran adalah dengan bank in ke account
Maybank @ CIMB saya, yang mana akan saya
berikan selepas anda membuat tempahan.


Thursday, June 24, 2010

CARA-CARA PENJAGAAN CLOTH SANITARY PAD/PANTYLINER



CARA-CARA PENJAGAAN CLOTH SANITARY PAD/PANTYLINER

1. Basuh dahulu pad/pantyliner yang baru sebelum digunakan. Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh.

2. Letakkan bahagian wings mengelilingi bahagian bawah seluar dalam anda. Bagi pad, pastikan flannel/ microfleece adalah bahagian atas yang menyentuh kulit (vagina) anda . Fleece adalah sejenis fabrik yang agak 'berbulu' dan tidak licin jadi pad akan terletak kemas pada tempatnya dan tidak mudah bergerak-gerak. Pasangkan snaps (butang) yang terdapat pada bahagian wings pad tersebut.

3. Jangkamasa pemakaian pad adalah bergantung kepada individu, sama ada mengeluarkan darah haid yang banyak atau tidak. (Kebiasaannya, medium /regular pad boleh dipakai sehingga 4 jam) Pad yang telah digunakan seelok-eloknya dibilas sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Pastikan diperah dengan baik sehingga tiada air yang meleleh. Anda boleh juga melipat dan menyimpan terus pad yang telah anda gunakan ke dalam wet bag dan membasuhnya kemudian. Jangan risau kerana pad yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau disposable padyang telah digunakan.

4. Pad boleh dibilas dan direndam dahulu ( antara 2 minit sehingga 24 jam) sebelum dimasukkan kedalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Sekiranya ada darah yang "degil", anda boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya bekas darah (stain) mudah tanggal. Microfleece yang terdapat pada heavy/overnight padpula adalah material yang stain resistant, jadi darah tidak akan melekat pada permukaannya dan sangat mudah dibasuh. Jangan sental pad dengan kuat menggunakan berus untuk mengelakkan fabrik dari mudah rosak. Anda boleh juga membasuh pad anda dengan tangan sewaktu anda mandi, jadi ia hanya mengambil sedikit sahaja dari masa anda.

5. Seperti cloth diaper, jangan campurkan softener atau clorox semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Purata jangkahayat pad adalah sehingga 5 tahun sekiranya dijaga dengan baik.

6. Selain digunakan sewaktu datang haid, pantyliner/pad juga sesuai digunakan oleh gadis-gadis remaja yang ingin tampil bersih atau bagi orang-orang tua yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.


No comments:

Post a Comment

My Blog List

Dermalah untuk Pn Haryanie

Assalammualaikum...

DERMA UNTUK HARYANIE
Salam 1 Malaysia untuk semua kawan2 blogger.... saya sedang membuat kutipan dana untuk seorang ibu tunggal kepada 3 org anak yang mengidap penyakit agak kritikal iaitu Pn Haryanie.

http://www.aliaharyanie.blogspot.com

Beliau mengidap penyakit serius iaitu mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Diharap rakan-rakan sudi membantu bagi meringankan serba sedikit beban untuk die bagi beliau menjalani kehidupan harian, seperti kos perubatan serta persekolahan anak2nya.

Kepada rakan-rakan yang sudi menghulur bantuan bolehlah terus berhubung dengan Haryanie di blog beliau

http://www.aliaharyanie.blogspot.com